Rabu, 14 Januari 2009

Ilmu Tenaga Dalam

Tenaga dalam atau istilah popularnya “inner power” adalah tenaga yang tersimpan didalam tubuh manusia dan mengendap di bawah sedar. Ada juga yang menyebut, tenaga dalam itu adalah tenaga Bio eletrik yang tenaganya banyak mengendap dibawah sedar. Banyak yang percaya, bahawa “Tenaga Dalam” tenaganya besar sekali, sehingga tenaganya melebihi tenaga yang sehari-hari digunakan orang secara wajar.
Sebenarnya semua orang (sekalipun tidak pernah berlatih tenaga dalam) mempunyai “Tenaga Dalam”, hanya ianya (Energi bioeletrinya ) masih tersimpan di “alam bawah sedar”nya. Mengeluarkan dan menggunakan “tenaga dalam” dipelajari dan dilatih oleh setiap orang dengan bimbingan dan arahan yang benar. Manfaat latihan ilmu tenaga dalam cukup banyak, kerana “tenaga dalam” boleh digunakan untuk beladiri, boleh digunakan untuk membantu penyembuhan sesuatu penyakit, boleh digunakan untuk pagar badan, rumah atau sesuatu barang dan lain sebagainya.
Selain itu untuk kewibawaan dan pengasihan juga boleh, apalagi bila dipadu dengan ilmu tenaga Dalam yang baik. Bicara soal “Tenaga Dalam” memang cukup mengasyikkan, apabila “tenaga dalam” benar-benar telah melanda jiwa masyarakat, hingga ke setiap pelusuk bandar dan desa. Bak cendawan yang tumbuh dimusim hujan.

Namun sekalipun sudah demikian ramainya ilmu tenaga dalam dibicarakan orang dan bahkan banyak orang yang menekuninya, masih saja banyak yang belum tahu, apa sebenarnya tenaga dalam itu, bagaimana cara kerja tenaga dalam hingga dapat untuk melemparkan lawan dari jarak jauh, bahkan boleh untuk mengubati orang dari jarak jauh pula. Dari mana sumber kekuatan tenaga dalam itu, hukum-hukum yang menguasainya , semua itu masih merupakan sebuah misteri.
Sebenarnya “Tenaga Dalam” dengan “Ilmu Batin” itu erat hubunganya, kerana dalam praktik tenaga dalam dalam ilmu Tenaga dalam tidak ketinggalan. Tenaga kedua ilmu itu sama-sama terpusat di alam bawah sedar. Pengeksploitasian tenaga dalam dan tenaga batin sama-sama berbentuk “energi bioeletrik ” atau gelombang elektroma genetik yang dipancarkan dari alam bawah sedar.
Tenaga bioeletrik itu sebenarnya dimiliki oleh semua orang (sekalipun orang tersebut belum pernah mengalami latihan tenaga dalam), hanya saja dalam kehidupan sehari-harian voltej bioeletrik mereka (orang awam) sederhana sahaja dan voltej bioeletrik orang yang rajin latihan tenaga dalam secara benar akan lebih tinggi dibanding dengan orang yang tidak pernah mengikuti latihan. Otot-otot, urat saraf, dan darah pada tubuh ikut mempengaruhi tenaga dalam seseorang, sekalipun “batin” mengambil peranan lebih penting.

Ingat kata-kata : “didalam tubuh yang sihat bermukim jiwa yang sihat”. Meskipun pusat energi tenaga dalam berada di alam bawah sedar. Untuk memudahkan pelajar dalam mendalami ilmu ini, manusia secara global terdiri dari tiga bahagian, iaitu:
• Badan kasar (Tubuh jasmani)
• Badan Halus (Sukma / tubuh astral)
• Sang Halus (nyawa/ Komando Bawah Sadar)
Batin sedar lebih dekat dengan “badan kasar” sekalipun ia berada pada “badan halus” atau “sukma”. Rasa panca indera, fikiran dan hawa nafsu menyatu dengan badan halus. Begitu pula “alam bawah sadar” juga berada disukma. Sedangkan “Komando Bawah Sedar” (K.B.S) berada pada sang halus.
Mengingat energi tenaga dalam terhimpun dialam bawah sedar yang menyatu dengan sukma, maka latihan tenaga dalam memerlukan kesedaran yang baik, sekalipun menggunakan senam fizik tenaga dalam.
LATIHAN JURUS-JURUS TENAGA DALAM
Jurus-jurus tenaga dalam di sini berbeza dengan jurus-jurus pencak silat fizikal, tetapi lebih dekat dengan senaman olah raga. Hal ini, kerana gerakan-gerakan yang dirankaikan di dalam jurus tenaga dalam tidak dipersiapkan untuk menghadapi kontak langsung dengan serangan fizikal dari pihak lawan. Jurus-jurus tenaga dalam lebih ditekankan sebagai latihan guna mempersiapkan fizikal agar dapat dijadikan sebagai pra sarana yang baik dalam mengungkapkan pelontaran tenaga dalam. Dengan jurus-jurus tenaga dalam fizik diberi latihan yang mengarah kepada terbukanya saluran tenaga dalam melalui fizikal. Sudah tentu jurus-jurus tenaga dalam setiap perguruan gerakannya tidak sama.
Kekuatan tenaga dalam boleh dilontarkan secara baik dengan dokongan fizik maupun tanpa dokongan fizik yang tanpa dokongan fizikal ini menggunakan kekuatan batin, atau sugesti. Melontarkan kekuatan dengan dokongan fizik, menggunakan suatu peringkat yang disebut “Jurus Tenaga Dalam”.
I. Jurus satu merupakan jurus benteng
II. Jurus dua merupakan jurus buka-robek
III. Jurus tiga merupakan jurus bantingan
IV. Jurus empat merupakan jurus pukul dorong
V. Jurus lima merupakan jurus sedut-tarik
VI. Jurus enam merupakan jurus kuncian
VII. Jurus tujuh merupakan jurus lemparan
VIII. Jurus lapan merupakan jurus tombak
JURUS SEMBILAN MERUPAKAN JURUS PEMUNGKAS

1 komentar:

  1. menjual buku-buku metafisika,beladiri/silat,tenaga dalam,kerejekian,penyembuhan,dll:
    Copy Link:
    http://yourmetafisika.blogspot.co.id/

    BalasHapus